GENG LENSA HIDUP

19 May 2015

DATO' FAZLEY: TURUN 18KG TANPA SENAMAN

KUALA LUMPUR, 13 MEI 2015: Penyanyi, perunding motivasi dan chef selebriti, Dato' Fazley Yaakob mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram dalam masa sebulan dengan hanya mengawal pengambilan gula dalam makanan.
Semuanya dilakukan dengan mengawal kadar pengambilan gula tanpa bantuan senaman.
"Selepas menjuarai pertandingan Masterchef Selebriti beberapa tahun lalu, saya akui yang berat badan saya bertambah. Menyedari hakikat itu, saya cuba untuk mengawal kadar pengambilan gula dalam makanan saya.
Seperti contoh, jika saya minum kopi ataupun teh, saya akan menikmatinya tanpa gula. Sebelum ini berat badan saya 90 kilogram, dalam masa sebulan, saya berjaya menurunkan berat badan saya sehingga 72 kilogram," kata Fazley memulakan bicara.
Kerjayanya sebagai chef juga tidak menghalang dirinya untuk mengawal kadar pengambilan gula agar berat badannya turun secara semula jadi.
"Sebagai chef, kadang-kadang saya singgah ke kafe-kafe untuk merasai kek yang dijual bagi mendapatkan inpirasi dan idea baru dalam masakan.
"Saya memesan 10 potong kek untuk saya makan, tetapi setiap potong kek saya hanya merasainya satu sudu sahaja.
"Saya juga sentiasa sibuk dengan kerja, jadi saya tiada masa untuk bersenam. 'Senaman' saya adalah hanya dengan melayan anak-anak bermain di rumah dan menguruskan mereka jika ada masa lapang," ujarnya yang ditemui di majlis pengenalan buffet buka puasa Fish & Co di Pavilion semalam.
Bekerjasama dalam menghasilkan hidangan pencuci mulut bagi hidangan buffet buka puasa Fish & Co, Fazley menyediakan empat seleksi manisan untuk dinikmati oleh pengunjung restoran tersebut.


"Saya menghasilkan tiga jenis kek dan macaron sebagai seleksi pemanis mulut bagi hidangan buffet Fish & Co tahun ini.
Selain hidangan utama yang lazat dan menyelerakan Fish & Co, pengunjung boleh menikmati pencuci mulut yang dihasilkan dalam citarasa Malaysia tetapi masih mengekalkan elemenFrench Pastry," katanya lagi.
Untuk informasi lanjut mengenai hidangan buffet buka puasa lazat Fish & Co, layari laman web www.fish-co.com.my atau lakukan carian menerusi hashtag #BukaPuasaFishNCo atau singgah di laman Instagram @FishNCoMy.

Kredit gambar: Instagram @fazleyyaakob, @sukasucre.creatives & @mieranadhirah

p/s: wah inspired betul aku... nanti lepas bersalin boleh la try... mane tau dapat balik berat masa bujang 43kg hahaha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...